Fokus utama tajuk karangan spm 2011
1. semangat kejiranan *
2. amalan membaca *
3. peranan ibu bapa menangani masalah rempit
4. cara mendidik pengguna utk mengatasi masalah kemalangan jalan raya. *
5. kraf tangan kebaikan / usaha-usaha utk memajukan industri.
6. permainan tradisional - langkah2 mengekal tradisi warisan.*
7. sebab2 memilih malaysia sebagai destinasi pelancongan. *
8. peranan pelbagai pihak dalam menangani gejala sosial.
9. kebaikan sains dalam kehidupan moden
10. kebaikan pengangkutan moden.
11. usaha2 utk memajukan sukan negara.
12. amalan berjimat cermat. *
13. menghargai orang tua / org kurang upaya.
14. kepentingan menyambut hari kemerdekaan. *
15. persediaan usahawan berjaya.
16. peranan remaja dalam menghadapi wawasan 2020.
17. kebaikan lawatan sambil belajar.
18. pendatang tanpa izin - kesan2nya.*
19. kelebihan amalan bergotong royong.*
20. barangan buatan malaysia - kebaikan.
21. aktiviti sekolah dapat membentuk perpaduan. *
22. cara-cara menghargai jasa guru.
23. ucapan wakil pelajar sempena persaraan guru.
24. kempen sebuah rumah sebuah komputer - cara untuk menjayakannya. *
BLOK INI MERUPAKAN SATU WADAH PERKONGSIAN ILMU BAHASA SAMBIL MENCERIAKAN LAGI LAMAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN GURU-GURU DAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH
Monday, 22 August 2011
Monday, 8 August 2011
LATIHAN TATABAHASA
Soalan 2 (b) – Petikan Drama
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Prof. Peter : Aku tahu, Mak Jah. Ibuku telah menyembunyikan adikku di tebing sungai Bukit Putih sebelum orang Jepun menyerang dan membunuh bapa dan ibuku. Engkaulah yang menjumpaiu dan mencurinya.......
Zaman : Engkau pembohong, Peter. Jangan menuduh ibuku sebagai pencuri. Keturunan kami belum menjadi perompak seperti bangsa kau!...
Prof. Peter : Engkau diam, Zaman. Engkau tidak tahu semua ini. Aku bernasib baik kerana dihantar belajar di England pada waktu Perang Dunia Kedua meletus. Berapa tahun aku mencari adikku yang entah ke mana itu. Setiap tahun aku pulang ke banglo buruk di Estate Putih itu......sekarang aku sudah yakin bahawa aku sudah bertemu dengannya.....
Zaman : Engkau salah, Peter. Engkau tak cukup bukti.
Prof. Peter : Sebagi Profesor Antropologi, aku tidak yakin aku melakukan kesalahan, Zaman. Aku sanggup bertugas di negara ini kerana mahu mencari Cempaka. Ya, sekarang dia sudah menjadi orang Melayu, tetapi darahnya masih darah keturunanku .... lihat rambutnya perang .... mengapa rambutmu hitam, Zaman?.
Mak Jah : (Menangis dan meraung) Tidak! Engkau tipu, aku Orang Putih! Dia anak aku .....
(Dipetik daripada drama “Cempaka Berdarah”, oleh A. Rahim Abdullah.
Dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.)
(1) Apakah bukti bahawa Prof. Peter bersungguh-sungguh mahu mendapatkan adiknya semula?
(3 markah)
(2) Katakanlah Cempaka merupakan adik kandung Prof. Peter . Jika anda di tempat Zaman, apakah yang akan anda lakukan. (3 markah)
(3) Berikan 3 latar masyarakat daripada keseluruhan drama tersebut. (3 markah)
Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Klasik
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah Merah Gajah mati, segera orang memberitahu ayahanda Merah Gajah, Raja Ahmad. Kata mereka , “Wah tuanku paduka, anakanda Merah Gajah itu telah mati dibunuh oleh mentuanya sebab ia membantunkan rambut sehelai yang di tengah-tengah kepala Puteri Betong! Pada fikiran anakanda Merah Gajah perbuatannya itu tiada mati akan Putri Betong kerana mencabut rambut yang berwarna keemasan itu.”
Sebaik mendengar khabar iru, Raja Ahmad menghempaskan diri, menggoyak-goyak baju serta mencarik-carik kainnya. Raja Ahmad pun terlalu marah. Dengan serta-merta baginda menghimpunkan segala askar lengkap dengan segala senjatanya.
Maka pada ketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhammad. Apabila berhadapan ke dua-dua itu, mereka pun berperang. Tempik sorak segala hulubalang dan rakyat kedengaran amat baik. Askar kedua-dua pihak ramai yang mati dan luka sebab beramuk-amuk sesama sendiri. Dalam pergaduhan itu matilah Raja Ahmad dan Raja Muhammad.
Tinggallah Merah Silu dengan Merah Hansun kedua bersaudara dan saki baki rakyat yang masih hidup. Mereka yang menyembah mengaku taat setia kepada anak raja kedua itu untuk terus tinggal di dalam negeri itu.
(Dipetik daripada “Merah Silu”, oleh Ismail Ahmad.
Dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.)
(1) Apakah maksud rangkai kata beramuk-amuk sesama sendiri?. (2 markah)
(2) Raja Ahmad amat marah apabila mendapat tahu anakandanya Merah Gajah
mati akibat perbuatan suaminya, Raja Muhammad. (3 markah)
(3) Kematian Raja Ahmad dan Raja Muhammad akibat dendam.
Jika anda di tempat Raja Ahmad, apakah tindakan yang sepatutnya anda
lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut?. (3 markah)
Soalan 2 (d) – Petikan Prosa Moden (Sajak)
Baca sajak berikut dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
DIPERPUSTAKAAN.
Melangkah ke ruangmu Tak terteroka
Satu pertukaran yang kontras Yang akan ku catat
Dari kehangatan merata Hanya setitik dari tinta
Ke kedinginan yang menerpa Yang akan kupetik
Terlalu hening di sini Harga sebiji dari mutiara
Gua pendeta bersemadi Engkau adalah pusaka moyang
Di puncak sepi Gedung peradaban insan
Di sana sini Terhimpun berzaman
Kepala-kepala runduk meneliti
Mata dan fikir bersebati Bersemadi di sini
Aku adalah pelayar yang dahaga
Mahu ke ruang buku Di dada samudera
Terlalu kerdil aku di sini Tak berpantai
Terapung di laut ilmu Betapapun kuteguk darinya
Tercurah berzaman Dahaga tak pernah langsai.
Dalam tak terselam
Betapapun kulayari
Bahtera ilmu di sini
( Sajak “DIPERPUSTAKAAN”, oleh Shafie Abu Bakar.
Dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka 2009.)
(1) Mengapakah penyair menggangap dirinya tak terteroka dengan ilmu
yang terdapat di perpustakaan ?. (3 markah )
(2) Sesuai dengan peredaran zaman, pada pendapat anda, apakah caranya
untuk menarik orang ramai berkunjung ke perpustakaan awam?. (3 markah)
(3) Berikan tiga gaya bahasa yang terdapat dalam sajak “Di perpustakaan”. (3 markah)
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa.
[30 markah]
Jawab semua soalan
(3a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap frasa di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) Mesra alam
(ii) Kejutan budaya
(iii) Jaguh berbahasa
(iv) Destinasi menarik
(v) Menepati kriteria
(vi) Sesuatu yang mustahil (6 markah)
(3b) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kenal pasti ayat-ayat itu dan klasifiasikan binaan subjek dan predikatnya.
(i) Penceramah itu memberhentikan ucapanya apabila menyedari sudah melebihi had
waktu yang ditetapkan.
(ii) Mereka yang mempunyai cita-cita tinggi akan bersungguh-sungguh sehingga memperoleh kejayaan.
(iii) Buku-buku yang baharu dibelinya disusun dengan rapi di dalam almari.
(3c) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraiankan lebih daripada tiga esalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.
Tiga orang termasuk pembantu tadbir FELDA rentung selepas kenderaan mereka menembung dan meletup dalam satu kemalangan jalanraya di kilometer 100.1, Jalan Kuantan – Segamat dekat Rompin semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, pembantu tadbir terbabit, Maznah Omar, 56 dan dua lagi mangsa yang masih belum dikenalpasti idantiti mereka rentung selepas gagal diselamat akibat menyepit dalam kenderaan masing-masing.
(6 markah)
(3d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahaan tatabahasa . Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Siti Aliza sungguh comel memakai baju kebaya nyonya yang dihadiahi kepadanya.
(ii) Ayam-ayam di dalam reban berkejaran lari bila musang masuk ke dalam reban tersebut.
(iii) Di atas kelulusan pihak pentadbir mereka memilih tempat yang selera untuk
jamuan akhir. (6 markah)
(3e) Baca petikan di bawah dengan teliti , kemudian isi tempat-tempat kosong dengan peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan.
Ramli menjadi seorang yang kaya hasil peninggalan harta ibu bapanya. Namun dia tidak menggunakan harta yang ditinggalkan untuk menambahkanya sebaliknya dia berjoli ke sana ke sini dan berfoya-foya dengan perempuan, akhirnya hartanya habis,__________. Kini hidupnya susah barulah dia beringat-ingat tetapi bak kata peribahasa ___________, tiada apa yang tinggal, semuanya telah dijual dan digadai. Dia sengguh menyesal tetapi tiada gunanya lagi umpama ____________ .
(6 markah)
LATIHAN RUMUSAN TINGKATAN 4 & 5
LATIHAN RUMUSAN 3
Soalan 1
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kesan kenaikan harga barangan keperluan harian di negara kita dan langkah kerajaan untuk menanganinya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pengguna tidak dapat menerima percanggahan bahawa ketika kerajaan melarang peniaga menaikkan harga barang, pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal daripada biasa. Kita tidak mahu kenaikan harga barang hari ini menjadi asas untuk kenaikan harga barang yang lebih tinggi pada masa yang berikutnya.
Kenaikan harga sesuatu barang mempunyai pertalian antara satu dengan yang lain. Dalam hal ini, peniaga menentukan harga barangan mengikut cita rasa mereka dan mengingkari arahan pihak berkuasa. Tindakan mereka itu menyebabkan beban tanggungan sesebuah keluarga bertambah berat. Rakyat umumnya beranggapan bahawa jika para peniaga masih berdegil ketika peringatan sudah diberikan oleh kerajaan, maka kementerian yang bertanggungjawab mesti mengambil tindakan segera. Jika tindakan ini lesu, peniaga lebih berani menaikkan harga barangan dan sentiasa mencari helah baru untuk menghalalkan tindakan mereka.
Pengguna pula tetap beranggapan, selagi tidak ada pengumuman rasmi mengenai kenaikan harga sesuatu barang keperluan, tindakan peniaga adalah bertentangan dengan kehendak undang-undang. Walau bagaimanapun, kenaikan harga tanpa sebarang penjelasan daripada pihak berkuasa menimbulkan keraguan dalam kalangan pengguna. Kita bimbang bahawa perkara ini akan menimbulkan suasana yang tidak sihat kerana dikatakan ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang akan mempengaruhi pengguna untuk memburukkan kerajaan meskipun pihak tersebut sebenarnya menyedarkan pengguna tentang hak mereka. Peluang begini juga boleh digunakan oleh sesetengah peniaga untuk memanipulasi pasaran dan memberikan pelbagai alasan untuk menaikkan harga barang. Keyakinan pengguna juga bertambah menebal juga terhadap dakwaan itu disebabkan tidak ada usaha yang berterusan untuk menyekat kenaikan harga. Dengan itu, mereka terpaksa akur dengan tindakan peniaga. Hal ini akan menyebabkan kuasa beli pengguna bertambah kecil. Sehubungan dengan itu, keadaan kegawatan ekonomi yang cuba dikawal oleh kerajaan menjadi sia-sia akibat tindakan peniaga yang tamak dan mementingkan diri sendiri.
Dalam keadaan tidak menentu sekarang, para peniaga patut sama-sama berkorban untuk menghadapi kemungkinan berlakunya kegawatan ekonomi yang lebih teruk. Suasana sekarang tidak mengizinkan peniaga mencari helah baru untuk mengaut keuntungan. Mereka patut menghindarkan diri daripada mengambil kesempatan apabila keadaan ekonomi negara kurang stabil.

PENGENALAAN: [2M] | |
ISI TERSURAT | ISI TERSIRAT |
1. [2M] | 1. [2M] |
2. [2M] | |
3. [2M] | 2. [2M] |
4. [2M] | |
5. [2M] | |
6. [2M] | |
PENUTUP: [2M] |
(30 MARKAH)
Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah] Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri.
i. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata mempunyai pertalian antara satu dengan yang lain berdasarkan petikan di atas? [2 markah]
i. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata mempunyai pertalian antara satu dengan yang lain berdasarkan petikan di atas? [2 markah]
ii. Mengapakah peniaga dianggap tidak mahu bekerjasama dalam masalah kepenggunaan? [3 markah]
iii. Pada pendapat anda, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh pengguna dan peniaga dalam membendung kenaikan harga barangan? [4 markah]
LATIHAN RUMUSAN TINGKATAN 4 & 5
LATIHAN RUMUSAN 2
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan-kelebihan penggunaan teknologi insenarator untuk melupuskan sampah dan masalah-masalahnya. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Masalah pelupusan sampah bukan sahaja dihadapi di negara kita, tetapi juga di negara-negara maju seperti Jepun dan Britain. Berdasarkan jumlah sampah yang semakin meningkat setiap tahun, pelupusan sampah secara konvensional sudah tidak praktikal lagi pada masa ini. Oleh hal yang demikian, kerajaan mahu rakyat bersedia untuk berkongsi bersama-sama bagi menanggung kos pelupusan sampah dengan menggunakan sistem yang lebih berkesan termasuklah penggunaan insenarator bagi memastikan penjagaan alam sekitar lebih terjamin. Malaysia akan menggunakan insenarator dalam tempoh lima tahun lagi bagi menggantikan kaedah pelupusan sampah yang sedia ada pada masa ini kurang berkesan.
Pelbagai cadangan telah dikemukakan bagi mengatasi masalah pelupusan sampah termasuklah pembinaan loji insenarator yang digunakan oleh negara-negara maju seperti Jepun, Jerman dan Denmark. Antara teknologi insenarator moden yang dimajukan termasuklah dengan menggunakan gasifikasi dan peleburan abu yang dapat mengurangkan pengeluaran dioksin pada tahap yang memenuhi piawaian antarabangsa. Teknologi ini direka bentuk dengan mengambil kira kepentingan alam sekitar dan mampu merawat sampah dengan cepat. Selain itu, teknologi insenarator tidak menjejaskan kesihatan dan keselesaan penduduk yang berhampiran.
Selain dapat menyelesaikan masalah pelupusan sampah, teknologi insenarator juga mampu menjana tenaga yang dapat memenuhi keperluan untuk menggerakkan loji berkenaan. Di samping itu, teknologi tersebut berupaya untuk menjual tenaga yang dihasilkan kepada syarikat utiliti yang terdapat di negara ini. Terdapat juga insenarator bergerak yang menggunakan roda dan berupaya mengendalikan dua tan sisa termasuklah pepejal. Insenarator seumpama itu adalah berkonsepkan mesra alam dan tidak mencemarkan alam. Tambahan pula, insenarator tersebut berupaya untuk melakukan pembakaran yang bebas toksin terhadap sisa pepejal dan cecair domestik.
Mesin insenarator itu juga dapat mengurangkan jumlah sisa sehingga 90 peratus iaitu pengurangan besar yang sebelum ini terpaksa dibuang di tapak pelupusan sampah. Teknologi tersebut turut dikatakan tidak mengeluarkan bau busuk atau melepaskan gas bahaya ke udara. Oleh hal yang demikian, kita berharap agar pembinaan insenarator tersebut akan menjadi kenyataan pada masa yang telah dijangkakan. Hakikat yang perlu kita terima ialah kaedah pelupusan yang digunakan sekarang, tidak lagi mampu untuk menampung sampah yang kita buang setiap hari.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
‘Penggunaan Insenarator Tidak Dapat Dielakkan’,
Berita Harian, 10 Mac 2007)

i. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata mengambil kira kepentingan alam sekitar berdasarkan petikan di atas? [2 markah]
ii. Selain untuk pelupusan sampah, mesin insenarator juga mampu untuk memberi manfaat kepadsa masyarakat. Apakah manfaat tersebut?. [3 markah]
iii. Pada pendapat anda, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh individu atau ahli masyarakat dalam menangani masalah pelupusan sampah ini?. [4 markah]
Subscribe to:
Posts (Atom)