Friday, 5 August 2011

LATIHAN KERJA RUMAH Soalan 1 : Rumusan

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]



Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kesan kenaikan    harga barangan keperluan harian di negara kita dan langkah kerajaan untuk    menanganinya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

                        Pengguna tidak dapat menerima percanggahan bahawa ketika kerajaan melarang peniaga    menaikkan harga barang, pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal daripada biasa. Kita     tidak mahu kenaikan harga barang hari ini menjadi asas untuk kenaikan harga barang yang lebih             tinggi pada masa yang berikutnya.

                        Kenaikan harga sesuatu barang mempunyai pertalian antara satu dengan yang lain.      Dalam hal ini, peniaga menentukan harga barangan mengikut cita rasa mereka dan mengingkari          arahan pihak   berkuasa. Tindakan mereka itu menyebabkan beban tanggungan sesebuah keluarga    bertambah berat. Rakyat umumnya beranggapan bahawa jika para peniaga masih berdegil ketika             peringatan sudah diberikan oleh kerajaan, maka kementerian yang bertanggungjawab mesti   mengambil tindakan segera. Jika tindakan ini lesu, peniaga lebih berani menaikkan harga barangan dan sentiasa mencari helah baru untuk menghalalkan tindakan mereka.

                        Pengguna pula tetap beranggapan, selagi tidak ada pengumuman rasmi mengenai kenaikan harga sesuatu barang keperluan, tindakan peniaga adalah bertentangan dengan kehendak undang- undang. Walau bagaimanapun, kenaikan harga tanpa sebarang penjelasan daripada pihak berkuasa   menimbulkan keraguan dalam kalangan pengguna. Kita bimbang bahawa perkara ini akan menimbulkan suasana yang tidak sihat kerana dikatakan ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang akan mempengaruhi pengguna untuk memburukkan kerajaan meskipun pihak tersebut sebenarnya menyedarkan pengguna tentang hak mereka. Peluang begini juga boleh digunakan oleh sesetengah peniaga untuk memanipulasi pasaran dan memberikan pelbagai alasan untuk menaikkan harga barang. Keyakinan pengguna juga bertambah menebal juga terhadap dakwaan itu disebabkan  tidak ada usaha yang berterusan untuk menyekat kenaikan harga. Dengan itu, mereka terpaksa akur dengan tindakan peniaga. Hal ini akan menyebabkan kuasa beli pengguna bertambah kecil. Sehubungan dengan itu, keadaan kegawatan ekonomi yang cuba dikawal oleh kerajaan menjadi sia-sia akibat tindakan peniaga yang tamak dan mementingkan diri sendiri.

                        Dalam keadaan tidak menentu sekarang, para peniaga patut sama-sama berkorban untuk menghadapi kemungkinan berlakunya kegawatan ekonomi yang lebih teruk. Suasana sekarang tidak           mengizinkan peniaga mencari helah baru untuk mengaut keuntungan. Mereka patut menghindarkan           diri daripada mengambil kesempatan apabila keadaan ekonomi negara kurang stabil.



Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]

Soalan 2(a) : Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri.

           i.          Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata mempunyai pertalian antara satu 
                       dengan yang lain berdasarkan petikan di atas?
                                                                                                                             [2 markah]                                                                                                                                                                          
           ii.         Mengapakah peniaga dianggap tidak mahu bekerjasama dalam masalah kepenggunaan?  
                                                                                                                          [3 markah]
iii.       Pada pendapat anda, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh pengguna dan peniaga        dalam membendung kenaikan harga barangan?                                                      [4 markah]
                                                                                                                                                                                              
           

KEPENTINGAN PENANDA WACANA DALAM PENULISAN KARANGAN SPM

Penanda wacana perlu diberikan perhatian dalam bahagian karangan – daripada bahagian pendahuluan,isi,huraian isi,contoh dalam huraian hinggalah bahagian penutup.Perbincangan ini akan melihat bagaimana penanda wacana dapat digunakan dalam semua bahagian yang disebutkan.

Penanda Wacana untuk Bahagian Pendahuluan

*       Sejak akhir-akhir ini keruntuhan moral dalam kalangan remaja menjadi isu hangat diperkatakan.
*       Dalam alaf moden ini,penggunaan komputer menjadi satu dalam kehidupan manusia.
*       Sebelum saya membicarakan tajuk ini dengan lebih lanjut,eloklah saya menerangkan maksud iklan.
*       Semasa cuti sekolah yang lalu ,aku telah dijemput oleh bapa saudaraku untuk bercuti di rumahnya.
*       Memang tidak dinafikan bahawa kegawatan ekonomi yang melanda sekarang ini menghimpit kehidupan rakyat ,terutamanya golongan bawahan.
*       Isu pendatang asing sudah menjadi suatu isu yang serius yang perlu ditangani segera. 
Penggunaan frasa kata dalam contoh ayat yang diberikan membentuk pola ayat yang sesuai dalam usaha memulakan sebuah karangan.

Penanda Wacana untuk Bahagian Isi

*       Pelbagai punca yang dikenal pasti mengakibatkan berlakunya masalah ini,antaranya termasuklah....
*       Faktor ibubapa punca utama menyebabkan berlakunya kemerosotan displin dalam kalangan remaja masa kini.
*       Selain itu,faktor....
*       Di samping itu,sikap remaja juga....
*       Terdapat berbagai-bagai langkah yang dapat dijalankan untuk mengatasi masalah ini,seperti....
*       Salah satu langkah yang paling berkesan bagi mengatasi maslah ini adalah dengan penguatkuasaan undang-undang.Undang-undang yang tegas hendaklah dilaksanakan supaya....
*       Selain itu kerajaan juga...
*       Langkah lain yang boleh diambil termasuklah....
*       Peranan ibu bapa juga penting dalam usaha mengatasi masalah ini.Ibu bapa boleh memainkan peranannya dengan....
*       Semua pihak hendaklah bertanggungjawab dan kerjasama bagi mengatasi maslah ini.
            Dalam bahagian ini penggunaan fraa kata seperti “Pelbagai punca...”,”Selain itu ..” dan lain-lain telah mewujudkan suatu variasi atau keragaman dari segi perbendaharaan kata yang sanagt diperlukan dalam penulisan sesebuah karangan.

Penanda Wacana untuk Bahagian Huraian Isi

v  Hal ini berlaku kerana tiadanya pengawasn ibu bapa di rumah sehingga menyebabkan anak-anak terlepas bebas melakukuan apa-apa sahaja yang disukainya.
v  Adakah kita ingin melihat anak bangsa hanyut dalam dunianya,sedangkan merekalah nantinya yang bakal mengambil alih teraju kepimpina negara.
v  Walaupun begitu,masih banyak yang tidak menginsafi masalah yang berlaku.
v  Dengan kata lain,kita tidak seharusnya berpeluk tubuh dengan hanya membiarkan gejala yang merosakkan ini tersebar luas
v  Seharusnya kita sebagai anggota masyarakat peka keadaan persekitaran
v  Sungguhpun kerajaan telah menjalankan pelbagai langkah,langkah tersebut tidak akan berkesan seandainya tidak mendapat kerjasama semua pihak
v  Oleh itu, kita sebagai warganegara tentunya tidak mahu melihat negara ini hancur akibat campur tangan pihak luar
v  Bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.
            Dalam huraian isi, penanda wacana dan pola perlu diberikan perhatian juga.Penggunaan kata yang sesuai penting supaya huraian pada isi pokok itu tidak kelihatan terpisah antar satu sama lain.

Penanda Wacana untuk Contoh dalam Huraian Isi 

Ø  Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh ...kes penderaan kanak-kanak meningkat ke angka ...pada tahun 1997.
Ø  Masyarakat boleh membantu dalam usaha mengatasi kegawatan ini, dengan cara mengurangkan perbelanjaan harian....
Ø  Penderaan kanak-kanak semakin serius.Kes terbaru ialah .....
               Ø  Sebagai contoh
  Dalam usaha mengemukakan contoh dalam huraian ,penggunaan frasa yang sesuai diperlukan juga dan hendaklah mengikut kesesuain konteks ayat juga.

 Penanda Wacana untuk Bahagian Penutup

Ø  Tegasnya,banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya gejala sosial .Oleh itu....
Ø  Kesimpulannya, pendisplinan diri menjadi kunci kepada kejayaan seseorang individu kerana....
Ø  Akhir kata sambutlah salam anakanda dari kejauhan dan semoga ayahanda.....
Ø  Sebelum mengundur diri, terimalah serangkap pantun daripada kami....
Ø  Saya sudahi ucapan ini dengan.....

            Jelaslah,aspek penanda wacana akan mempengaruhi pengolahan,sturktur ayat,pemerenggan ,kosa kata, dan bahasa secara keseluruhannya yang sangat diperlukan dalam usaha menghasilkan sebuah karangan yang baik.Contoh-contoh yang dipaparkan di atas diharap dapat dijadikan garis panduan kepada pelajar dalam menghasilkan sebuah karangan yang berkualiti.