PERANAN KELUARGA UNTUK MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTIK
OLEH : ADILA BT. ABD RAHMAN
LANGKAH | PENANDA WACANA | MEMBINA PENDAHULUAN 4 AYAT |
AYAT RANGSANGAN (TEMA) | Dewasa ini, | Sesebuah keluarga terdiri daripada ibu, bapa, abang, kakak, datuk dan nenek. |
AYAT RANGSANGAN (DEFINISI TEMA) | Pada waktu yang sama, | Keluarga merupakan orang paling rapat dalam kehidupan anak-anak. |
AYAT RANGSANGAN (HURAIAN TEMA/DEFINISI) | Hal ini demikian kerana, | Keluarga merupakan satu wadah yang sangat penting untuk menyemai semangat cinta akan negara dalam kalangan anak-anak mereka. |
AYAT ARAH (FOKUS/KEHENDAK SOALAN) | Tegasnya, | Terdapat banyak cara untuk keluarga menyemai semangat patriotik tersebut ke dalam diri anak-anak. |
LANGKAH | PENANDA WACANA | MEMBINA HURAIAN ISI 1 (PERENGGAN 4 UNSUR) |
AYAT TOPIK | Pada hemat saya, | Ibu bapa mestilah mempunyai semangat cinta akan negara yang tinggi. |
AYAT HURAIAN | Selain itu, Jika tidak, Hal ini demikan, | Pada 31 Ogos pula ibu bapa sepatutnya membawa anak-anak melihat sambutan Hari Kemerdekaan. Jika tidak, sekurang-kurangnya ibu bapa menonton sambutan Hari Merdeka melalui televisyen bersama-sama keluarga. Hal ini demikan, akan dapat menyemai semangat cinta akan negara di jiwa anak-anak, bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. |
AYAT CONTOH | Sebagai contoh, | Sebagai contoh apabila tibanya bulan kemerdekaan negara iaitu bulan Ogos, ibu bapa perlulah mengibarkan jalur gemilang di kediaman mereka. |
AYAT PENEGAS | Jelaslah bahawa, | Semangat cinta akan negara yang tinggi dalam diri ibu bapa akan meresap ke dalam diri anak-anak pula. |
LANGKAH | PENANDA WACANA | MEMBINA HURAIAN ISI 2 (PERENGGAN 4 UNSUR) |
AYAT TOPIK | Selain itu, | Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak melawat ke tempat-tempat bersejarah di negara kita. |
AYAT HURAIAN | Dalam zaman yang serba canggih ini, | Dengan melawat ke tempat-tempat bersejarah, anak-anak akan mengetahui sejarah negara. |
AYAT CONTOH | Sebagai contoh, Selain itu, | Ibu bapa membawa anak-anak melawat Kota A Famosa di Melaka. Anak-anak dapat menyaksikan sendiri kesan peninggalan penjajah Portugis di Melaka. Selain itu, anak-anak juga dapat mengambil pengajaran daripada peristiwa sejarah yang diketahui melalui lawatan tersebut. |
AYAT PENEGAS | Tegasnya, | Secara tidak langsung anak-anak akan mencintai negara kita dan tidak mahu kita dijajah semula. |
LANGKAH | PENANDA WACANA | MEMBINA HURAIAN ISI 3 (PERENGGAN 4 UNSUR) |
AYAT TOPIK | Pada waktu yang sama, | Keluarga juga boleh menceritakan kepada anak-anak tentang peranan dan pengorbanan yang dilakukan oleh pejuang-pejuang tanah air yang menentang penjajah. |
AYAT HURAIAN | Oleh hal yang demikian, Malah, | Anak-anak dapat mengetahui betapa sukarnya para pejuang ini berjuang untuk membebaskan negara ini daripada penjajahan. |
AYAT CONTOH | Sebagai contoh, Malah, | Pejuang-pejuang tanah air seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok janggut, Hj. Abdul Rahman Limbung dan Rentap dan lain-lain lagi. Malah, pejuang-pejuang ini sanggup mati demi mempertahankan tanah air daripada dijajah. |
AYAT PENEGAS | Jelaslah bahawa, | Mereka akan menghargai jasa dan sumbangan para pejuang ini yang sanggup mengorbankan nyawa untuk memastikan negara kita mencapai kemerdekaan. |
LANGKAH | PENANDA WACANA | MEMBINA HURAIAN ISI 4 (PERENGGAN 4 UNSUR) |
AYAT TOPIK | Di samping itu, | Keluarga boleh juga menghadiahkan buku sejarah kepada anak-anak yang berjaya dalam peperiksaan. |
AYAT HURAIAN | Malahan, | Ibu bapa boleh memberikan hadiah sama ada dalam bentuk buku rujukan ataupun novel sejarah. |
AYAT CONTOH | Sebagai contoh, | Anak-anak akan berasa gembira dan tidak akan membuang masa di samping dapat menghayati peristiwa-peristiwa bersejarah dalam bahan bacaan tersebut. |
AYAT PENEGAS | Jelaslah, | Melalui buku-buku dan novel-novel sejarah,semangat cinta akan negara boleh disemai di jiwa anak-anak. |
LANGKAH | PENANDA WACANA | MEMBINA HURAIAN ISI 5 (PERENGGAN 4 UNSUR) |
AYAT TOPIK | Walau bagaimana pun, | Keluarga sama ada ibu bapa, abang atau pun kakak boleh mengajak anak-anak menonton filem berunsur sejarah seperti Bukit Kepong, Embun dan Paloh. |
AYAT HURAIAN | Juteru, | Filem-filem ini akan menyedarkan anak-anak tentang kesengsaraan hidup yang dialami oleh masyarakat ketika zaman pemerintahan Jepun dan Komunis di Tanah Melayu. |
AYAT CONTOH | Sebagai contoh, | Zaman pemerintahan Jepun dahulu banyak rakyat yang terkorban kerana mempertahankan tanah air, makanan dicatu, komunikasi sangat terhad, dan seksaan kepada mereka yang menentang samada dipancung atau ditembak. |
AYAT PENEGAS | Tegasnya, | Melalui filem berunsur sejarah, semangat cinta akan negara boleh disemai dalam diri anak-anak. |
LANGKAH | PENANDA WACANA | MEMBINA KESIMPULAN 4 AYAT |
AYAT TOPIK | Kesimpulannya, | keluarga seharusnya berusaha untuk menyemai semanagat cinta akan negara dalam kalangan anak-anak. |
AYAT PENILAIAN | Jelaslah bahawa, | Anak-anak yang ibarat kain putih perlu dididik agar menyayangi negara mereka kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. |
AYAT HARAPAN | Hal ini demikian, | Diharap anak-anak zaman moden ini dapat mempertahankan kemerdekaan dalam semua aspek, bukan sahaja dalam aspek penjajahan tetapi juga merdeka dari aspek ekonomi, sosial, komukasi, budaya dan sebagainya |
AYAT CADANGAN / NASIHAT/SARANAN, | Dengan ini menyarankan, | Kurikulum sejarah perlu diperkasakan dan sebagai remaja saya menyarankan supaya setiap pelajar wajib lulus matapelajaran sejarah samaada di sekolah rendah apatah lagi sekolah menengah. |
AYAT PENEGAS | Tegasnya, | Mereka perlu menjaga kemerdekaan tanah air agar rakyat hidup dengan aman damai dan jadikanlah peristiwa lalu sebagai sejarah hitam yang tidak akan berulang kembali. |
No comments:
Post a Comment