Monday, 8 August 2011

LATIHAN TATABAHASA


Soalan 2 (b) – Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan  ayat anda sendiri.


Prof. Peter        : Aku tahu, Mak Jah. Ibuku telah menyembunyikan adikku di tebing sungai Bukit Putih                       sebelum orang Jepun menyerang dan membunuh bapa dan ibuku. Engkaulah yang             menjumpaiu dan mencurinya.......
Zaman             : Engkau pembohong, Peter. Jangan menuduh ibuku sebagai pencuri. Keturunan kami                     belum menjadi perompak seperti bangsa kau!...
Prof. Peter        : Engkau diam, Zaman. Engkau tidak tahu semua ini. Aku bernasib baik kerana                      dihantar belajar di England pada waktu Perang Dunia Kedua meletus. Berapa tahun aku mencari adikku yang entah ke mana itu. Setiap tahun aku pulang ke banglo buruk di Estate Putih itu......sekarang aku sudah yakin bahawa aku sudah bertemu dengannya.....
Zaman             : Engkau salah, Peter. Engkau tak cukup bukti.
Prof. Peter        : Sebagi Profesor Antropologi, aku tidak yakin aku melakukan kesalahan, Zaman. Aku                        sanggup bertugas di negara ini kerana mahu mencari Cempaka. Ya, sekarang dia sudah menjadi orang Melayu, tetapi darahnya masih darah keturunanku .... lihat rambutnya perang .... mengapa rambutmu hitam, Zaman?.
Mak Jah            : (Menangis dan meraung) Tidak! Engkau tipu, aku Orang Putih! Dia anak aku .....


(Dipetik daripada drama “Cempaka Berdarah”, oleh A. Rahim Abdullah.
Dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.)


(1)  Apakah bukti bahawa Prof. Peter bersungguh-sungguh mahu mendapatkan adiknya semula?
(3 markah)
(2)  Katakanlah Cempaka merupakan adik kandung Prof. Peter . Jika anda di tempat Zaman, apakah yang akan anda lakukan.    (3 markah)
(3)  Berikan 3 latar masyarakat daripada keseluruhan drama tersebut.    (3 markah)

            Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

                        Setelah Merah Gajah mati, segera orang memberitahu ayahanda Merah Gajah, Raja Ahmad.             Kata mereka , “Wah tuanku paduka, anakanda Merah Gajah itu telah mati dibunuh oleh mentuanya          sebab ia membantunkan rambut sehelai yang di tengah-tengah kepala Puteri Betong! Pada fikiran     anakanda Merah Gajah perbuatannya itu tiada mati akan Putri Betong kerana mencabut rambut yang           berwarna keemasan itu.”
                        Sebaik mendengar khabar iru, Raja Ahmad menghempaskan diri, menggoyak-goyak baju     serta mencarik-carik kainnya. Raja Ahmad pun terlalu marah. Dengan serta-merta baginda            menghimpunkan segala askar lengkap dengan segala senjatanya.
                        Maka pada ketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhammad. Apabila       berhadapan ke dua-dua itu, mereka pun berperang. Tempik sorak segala hulubalang dan rakyat   kedengaran amat baik. Askar kedua-dua pihak ramai yang mati dan luka sebab beramuk-amuk sesama sendiri. Dalam pergaduhan itu matilah Raja Ahmad dan Raja Muhammad.
                        Tinggallah Merah Silu dengan Merah Hansun kedua bersaudara dan saki baki rakyat yang       masih hidup. Mereka yang menyembah mengaku taat setia kepada anak raja kedua itu untuk terus           tinggal di dalam negeri itu.
  (Dipetik daripada “Merah Silu”, oleh Ismail Ahmad.
Dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.)



(1)  Apakah maksud rangkai kata beramuk-amuk sesama sendiri?.      (2 markah)

(2)  Raja Ahmad amat marah apabila mendapat tahu anakandanya Merah Gajah
mati akibat perbuatan suaminya, Raja Muhammad.                            (3 markah)

(3)  Kematian Raja Ahmad dan Raja Muhammad akibat dendam.
Jika anda di tempat Raja Ahmad, apakah tindakan yang sepatutnya anda
lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut?.                               (3 markah)                        

Soalan 2 (d) – Petikan Prosa Moden (Sajak)

            Baca sajak berikut dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan       menggunakan ayat anda sendiri.


DIPERPUSTAKAAN.

            Melangkah ke ruangmu                                                Tak terteroka
            Satu pertukaran yang kontras                                      Yang akan ku catat
            Dari kehangatan merata                                              Hanya setitik dari tinta
            Ke kedinginan yang menerpa                                      Yang akan kupetik
            Terlalu hening di sini                                                  Harga sebiji dari mutiara
            Gua pendeta bersemadi                                              Engkau adalah pusaka moyang
            Di puncak sepi                                                           Gedung peradaban insan
            Di sana sini                                                                Terhimpun berzaman
            Kepala-kepala runduk meneliti
            Mata dan fikir bersebati                                               Bersemadi di sini
                                                                                             Aku adalah pelayar yang dahaga
            Mahu ke ruang buku                                                    Di dada samudera
            Terlalu kerdil aku di sini                                               Tak berpantai
            Terapung di laut ilmu                                                   Betapapun kuteguk darinya
            Tercurah berzaman                                                      Dahaga tak pernah langsai.
            Dalam tak terselam
Betapapun kulayari                                                      
Bahtera ilmu di sini    

                                                                                      ( Sajak  “DIPERPUSTAKAAN”, oleh Shafie Abu Bakar.
Dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka 2009.)



(1)  Mengapakah penyair menggangap dirinya tak terteroka dengan ilmu
yang terdapat di perpustakaan ?.                                                              (3 markah )
(2)  Sesuai dengan peredaran zaman, pada pendapat anda, apakah caranya
untuk menarik orang ramai berkunjung ke perpustakaan awam?.                (3 markah)
(3)  Berikan tiga gaya bahasa yang terdapat dalam sajak “Di perpustakaan”.    (3 markah)


           

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa.
[30 markah]
Jawab semua soalan


(3a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap frasa di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
         dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau                           menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)                    Mesra alam
(ii)                   Kejutan budaya
(iii)                  Jaguh berbahasa
(iv)                  Destinasi menarik
(v)                   Menepati kriteria
(vi)               Sesuatu yang mustahil                      (6 markah)

     (3b) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kenal pasti ayat-ayat itu dan klasifiasikan binaan subjek            dan predikatnya.

(i)                        Penceramah itu memberhentikan ucapanya apabila menyedari sudah melebihi had
waktu yang ditetapkan.
(ii)        Mereka yang mempunyai cita-cita tinggi akan bersungguh-sungguh sehingga memperoleh kejayaan.
(iii)                     Buku-buku yang baharu dibelinya disusun dengan rapi di dalam almari.
                                                 (6    markah)


(3c) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan                         imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraiankan  lebih daripada tiga esalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Tiga orang termasuk pembantu tadbir FELDA rentung selepas kenderaan mereka menembung dan meletup dalam satu kemalangan jalanraya di kilometer 100.1, Jalan Kuantan – Segamat dekat Rompin semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, pembantu tadbir terbabit, Maznah Omar, 56 dan dua lagi mangsa yang masih belum dikenalpasti idantiti mereka rentung selepas gagal diselamat akibat menyepit dalam kenderaan masing-masing.
                                                                                  (6    markah)


(3d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu     kesalahaan tatabahasa . Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda         tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu           kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)                    Siti Aliza sungguh comel memakai baju kebaya nyonya yang dihadiahi kepadanya.
(ii)                   Ayam-ayam di dalam reban berkejaran lari bila musang masuk ke dalam reban tersebut.
(iii)                Di atas kelulusan pihak pentadbir mereka memilih tempat yang selera untuk 
             jamuan akhir.                        (6    markah)

(3e) Baca petikan di bawah dengan teliti , kemudian isi tempat-tempat kosong dengan peribahasa yang           menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan.

                  Ramli menjadi seorang yang kaya hasil peninggalan harta ibu bapanya. Namun dia tidak menggunakan harta yang ditinggalkan untuk menambahkanya sebaliknya dia berjoli ke sana ke sini dan berfoya-foya dengan perempuan, akhirnya hartanya habis,__________. Kini hidupnya susah barulah dia beringat-ingat tetapi bak kata peribahasa ___________, tiada apa yang tinggal, semuanya telah dijual dan digadai. Dia sengguh menyesal tetapi tiada gunanya lagi umpama ____________ .

                                                           (6 markah)


No comments:

Post a Comment