KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TELEFON BIMBIT.
OLEH
NOOR ISTIQAMAH BT. WADIYONO [4 FIRUS]
LANGKAH | PENANDA WACANA | MEMBINA PENDAHULUAN 4 AYAT |
AYAT RANGSANGAN (TEMA) | Dewasa ini, | Teknologi di negara kita semakin maju termasuklah teknologi komunikasi yang banyak mengubah gaya hidup manusia di negara kita |
AYAT RANGSANGAN (DEFINISI TEMA) | Pada waktu yang sama, | Telefon bimbit adalah salah satu teknologi komunikasi yang semakin terkenal.Telefon bimbit juga merupakan lambang kemewahan atau barang eksklusif tetapi kini ianya telah jauh berubah. |
AYAT RANGSANGAN (HURAIAN TEMA/DEFINISI) | Hal ini demikian kerana, | Reka bentuknya yang menarik telah memikat golongan yang berkemampuan untuk memilikkinya kini,telefon bimbit digunakan untuk memenuhi keperluan mahupun bergaya. |
AYAT ARAH (FOKUS/KEHENDAK SOALAN) | Kesanya, | Terdapat beberapa kebaikan dan keburukan penggunaan telefon bimbit. |
LANGKAH | PENANDA WACANA | MEMBINA HURAIAN ISI 1 (PERENGGAN 4 UNSUR) |
AYAT TOPIK | Pada hemat saya, | Antara kebaikan penggunaan telefon bimbit ialah telefon bimbit dapat digunakan pada bila-bila masa walau di mana kita berada. |
AYAT HURAIAN | Selain itu, Malah, | Telefon bimbit juga boleh digunakan untuk menghantar mesej dengan sistem khidmat pesanan ringkas.(Malah) Apabila kredit telefon kurang kita boleh menghantar mesej yang ingin kita sampaikan dengan sistem khidmat pesanan ringkas. |
AYAT CONTOH | Sebagai contoh @ contohnya | Kita boleh menggunakan telefon bimbit pada waktu kecemasan contohnya, apabila kita ingin melaporkan sesuatu kebakaran yang berlaku berdekatan dengan rumah kita kepada pihak yang berkenaan. |
AYAT PENEGAS | Tegasnya, | Banyak kebaikan yang boleh kita peroleh dengan menggunakan telefon bimbit berbanding telefon rumah. |
LANGKAH | PENANDA WACANA | MEMBINA HURAIAN ISI 2 (PERENGGAN 4 UNSUR) |
AYAT TOPIK | Seterusnya, | Telefon bimbit juga mempunyai kemudahan internet yang membolehkan penggunanya memperoleh pelbagai maklumat semasa. |
AYAT HURAIAN | Dalam zaman yang serba canggih ini, | Telefon bimbit juga boleh digunakan sebagai alat hiburan untuk merehatkan fikiran dan dengan adanya internet,kita boleh mengetahui berita dalam mahu pun luar negara. |
AYAT CONTOH | Sebagai contoh, | Pada waktu kita berasa bosan dan kita inginkan sesuatu yang menggembirakan kita bolah menggunakan alat hiburan yang disediakan seperti radio dan permainan. |
AYAT PENEGAS | Tegasnya, | Telefon bimbit yang serba canggih ini membolehkan kita melayari internet samada untuk berhubung atau berkomunikasi untuk mendapatkan maklumat. |
LANGKAH | PENANDA WACANA | MEMBINA HURAIAN ISI 3 (PERENGGAN 4 UNSUR) |
AYAT TOPIK | Pada waktu yang sama, | Telefon bimbit juga boleh digunakan sebagai pendorong manusia bagi memenuhi kehendak yang tidak terbatas dan digunakan sebagai perakam peristiwa. |
AYAT HURAIAN | Oleh hal yang demikian, Malah, | Kita boleh menggunakannya untuk mengambil gambar suatu tempat atau suatu pemandangan dengan telefon bimbit.(Malah) Telefon bimbit juga,boleh digunakan untuk mengetahui waktu solat. |
AYAT CONTOH | Oleh sebab itu, | Kita tidak perlu menggunakan kamera malah kita boleh membeli telefon bimbit yang berkamera untuk mengambil gambar. |
AYAT PENEGAS | Jelaslah bahawa, | Telefon bimbit boleh diaplikasikan dengan banyak cara sebagai pendorong manusia untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terbatas. |
LANGKAH | PENANDA WACANA | MEMBINA HURAIAN ISI 4 (PERENGGAN 4 UNSUR) |
AYAT TOPIK | Kebaikan yang seterusnya ialah.... | Telefon bimbit juga boleh digunakan untuk menonton televisyen dan mendengar radio. |
AYAT HURAIAN | Dengan adanya.. | Televisyen dan radio yang telah tersedia pada telefon bimbit,kita boleh mengetahui sesuatu berita ketika kita berada dalam apa jua kesibukan. |
AYAT CONTOH | Sebagai contoh, | Kita juga boleh membuat transaksi kewangan yang boleh dijayakan melalui telelfon bimbit. |
AYAT PENEGAS | Tegasnya, | Telefon bimbit bukan sahaja boleh digunakan untuk menonton TV mobile atau mendengar radio sahaja tetapi telefon bimbit juga boleh menguruskan transaksi kepada mana-mana bank mengikut kehendak pelanggan. |
LANGKAH | PENANDA WACANA | MEMBINA HURAIAN ISI 5 (PERENGGAN 4 UNSUR) |
AYAT TOPIK | Walau bagaimana pun, | Terdapat beberapa keburukan telefon bimbit yang boleh memberi kesan kepada diri atau individu,masyarakat mahupun negara. |
AYAT HURAIAN 1 + CONTOH | Juteru, | Keburukan telefon bimbit kepada diri atau induvidu ialah telefon bimbit boleh digunakan sebagai penyebar gambar-gambar lucah kepada pengguna dan sebaran fitnah melampau. Sebagai contoh, menggambil gambar rakan perempuan yang dalam keadaan mengaibkan serta digunakan untuk memeras ugut dan menggunakan sms untuk menyebarkan fitnah. |
AYAT HURAIAN 2 + CONTOH | Tambahan pula, | Keburukan seterusnya ialah boleh menyebabkan pelajar lalai dalam semua perkara terutamanya pelajaran. Sebagai contoh, kerana asyik melayan sms dan permainan dalam talian pelajar-pelajar akan menjadi cuai dan leka dengan meminggirkan ulang kaji pelajaran. |
AYAT HURAIAN 3 + CONTOH | Hal ini demikian berlaku ...... | Apabila pelajar terlalu seronok akan hiburan dalam telefon bimbit hal ini membolehkan pelajar mengabaikan pelajaran mereka dan kemungkinan besar pelajaran mereka akan merosot. Misalnya, mereka lebih taksub bermain dan berhibur dengan ini akan melekakan mereka dengan perkaraa yang tidak berfaedah. |
AYAT HURAIAN 4 + CONTOH | Sementelahan pula, | Telefon bimbit juga boleh mendatangkan keburukan dengan meruntuhkan akhlak remaja melalui simpanan gambar-gambar dan video klip lucah yang boleh ditonton berulang kali. Sebagai contoh, dengan menyimpan videp klip lucah dan gambar lucah ini boleh menaikan nafsu syahwat remaja dan jika sering diulang tayang boleh menjerumuskan individu itu kepada perlakuan negatif seperti cabul atau rogol. |
AYAT PENEGAS | Tegasnya, | Keburukan-keburukan penggunaan telefon bimbit yang di utarakan tadi menunjukan bahawa pemantauan ibu bapa di rumah sangat diperlukan, begitu pun juga pendidikan penggunaan telefon bimbit berhemah boleh dilaksanaakan oleh ibu bapa masing-masing. |
LANGKAH | PENANDA WACANA | MEMBINA KESIMPULAN 4 AYAT |
AYAT TOPIK | Konklusinya, | Gunakanlah telefon bimbit dengan sebaik-baiknya kerana di situ ada kebaikan dan keburukan. |
AYAT PENILAIAN | Jelaslah bahawa, | kita sering menggunakan telefon bimbit untuk suatu perkara yang salah. |
AYAT HARAPAN | Hal ini demikian, | Boleh memberi kesan kepada diri sendiri,masyarakatdan Negara mahu pun orang lain agar perlakuan negatif semasa menggunakan telefon bimbit boleh dielakan. |
AYAT CADANGAN / NASIHAT | Dengan ini dicadangkan.... | Kita juga haruslah belajar bagaimana untuk menawan nafsu yang boleh menyebabkan perkara buruk berlaku apabila menggunakan telefon bimbit. |
AYAT PENEGAS | Tegasnya, | Keburukan-keburukan penggunaan telefon bimbit yang dibincangkan tadi boleh dielakan sekiranya ibu bapa memainkan peranan penting untuk memantau penggunaan telefon bimbit anak-anak mereka serta mendidik anak-anak menggunakan telefon bimbit dengan berdisiplin dan berhemah. |
No comments:
Post a Comment