Friday, 5 August 2011

LATIHAN KERJA RUMAH Soalan 1 : Rumusan

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]



Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kesan kenaikan    harga barangan keperluan harian di negara kita dan langkah kerajaan untuk    menanganinya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

                        Pengguna tidak dapat menerima percanggahan bahawa ketika kerajaan melarang peniaga    menaikkan harga barang, pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal daripada biasa. Kita     tidak mahu kenaikan harga barang hari ini menjadi asas untuk kenaikan harga barang yang lebih             tinggi pada masa yang berikutnya.

                        Kenaikan harga sesuatu barang mempunyai pertalian antara satu dengan yang lain.      Dalam hal ini, peniaga menentukan harga barangan mengikut cita rasa mereka dan mengingkari          arahan pihak   berkuasa. Tindakan mereka itu menyebabkan beban tanggungan sesebuah keluarga    bertambah berat. Rakyat umumnya beranggapan bahawa jika para peniaga masih berdegil ketika             peringatan sudah diberikan oleh kerajaan, maka kementerian yang bertanggungjawab mesti   mengambil tindakan segera. Jika tindakan ini lesu, peniaga lebih berani menaikkan harga barangan dan sentiasa mencari helah baru untuk menghalalkan tindakan mereka.

                        Pengguna pula tetap beranggapan, selagi tidak ada pengumuman rasmi mengenai kenaikan harga sesuatu barang keperluan, tindakan peniaga adalah bertentangan dengan kehendak undang- undang. Walau bagaimanapun, kenaikan harga tanpa sebarang penjelasan daripada pihak berkuasa   menimbulkan keraguan dalam kalangan pengguna. Kita bimbang bahawa perkara ini akan menimbulkan suasana yang tidak sihat kerana dikatakan ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang akan mempengaruhi pengguna untuk memburukkan kerajaan meskipun pihak tersebut sebenarnya menyedarkan pengguna tentang hak mereka. Peluang begini juga boleh digunakan oleh sesetengah peniaga untuk memanipulasi pasaran dan memberikan pelbagai alasan untuk menaikkan harga barang. Keyakinan pengguna juga bertambah menebal juga terhadap dakwaan itu disebabkan  tidak ada usaha yang berterusan untuk menyekat kenaikan harga. Dengan itu, mereka terpaksa akur dengan tindakan peniaga. Hal ini akan menyebabkan kuasa beli pengguna bertambah kecil. Sehubungan dengan itu, keadaan kegawatan ekonomi yang cuba dikawal oleh kerajaan menjadi sia-sia akibat tindakan peniaga yang tamak dan mementingkan diri sendiri.

                        Dalam keadaan tidak menentu sekarang, para peniaga patut sama-sama berkorban untuk menghadapi kemungkinan berlakunya kegawatan ekonomi yang lebih teruk. Suasana sekarang tidak           mengizinkan peniaga mencari helah baru untuk mengaut keuntungan. Mereka patut menghindarkan           diri daripada mengambil kesempatan apabila keadaan ekonomi negara kurang stabil.



Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]

Soalan 2(a) : Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri.

           i.          Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata mempunyai pertalian antara satu 
                       dengan yang lain berdasarkan petikan di atas?
                                                                                                                             [2 markah]                                                                                                                                                                          
           ii.         Mengapakah peniaga dianggap tidak mahu bekerjasama dalam masalah kepenggunaan?  
                                                                                                                          [3 markah]
iii.       Pada pendapat anda, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh pengguna dan peniaga        dalam membendung kenaikan harga barangan?                                                      [4 markah]
                                                                                                                                                                                              
           

No comments:

Post a Comment